ASSALAMUALAIKUM...
Kisah
Nabi SAW Tegur Sahabat Ketawa | Pada zaman ini banyak kita lihat orang saling ketawa
sesama mereka. Ketawa tu tak salah tapi apa yang KisahBest.Mykesalkan, ketawa secara berlebihan itu boleh
menyebabkan hati kita akan menjadi gelap. Seperti mana dalam satu kisah
Rasulullah SAW dalam menegur sahabat yang sedang ketawa. Suatu ketika
Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan untuk menunaikan solah lalu Baginda s.a.w.
ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga
menampakkan gigi.
Rasulullah s.a.w.
bersabda, “Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku
keadaan yang saya lihat ini.”
Oleh itu,
perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlaku tanpa kubur
berkata, “Aku ialah rumah kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan
rumah ulat-ulat.”
Apabila seseorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur
akan berkata, “Kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah
datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi,
engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau
akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku.“ Selepas itu, kubur akan meluas sejauh mata memandang.
Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan
wangi-wangian dari syurga secara berterusan.
Apabila orang yang berdosa dimasukkan, kubur akan berkata, “Tiada kata-kata aluan
untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang
berjalan di atas muka bumi engkaulah yang paling aku benci. Hari ini engkau
telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layan daripadaku.”
Selepas itu kubur akan
menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama
lain. Kemudian 70 ekor ular akan menghamburkan bisa ke atas bumi, maka sehelai
rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut
hingga ke hari kiamat.
Selepas itu,
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga atau pun
satu lembah daripada lembah-lembah neraka.” (Misykat)
Keterangan:
Takutkan Allah SWT
ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting. Perkara inilah yang
menyebabkan Rasulullah SAW sering duduk merenung. Mengingati maut akan
menambahkan sifat takut kepada Allah SWT. Oleh sebab itulah, Rasulullah SAW menyarankan supaya kita
sering mengingati maut kerana amalan ini penting dan memberi manfaat. Dan
menjauhi ketawa secara
berlebihan merupakan salah satu cara untuk kita tidak leka mengingati mati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan