Kimpalan merupakan kaedah sambungan antara dua atau lebih logam yang penting yang sering digunakan di dalam bidang kejuruteraan hari ini terutamanya pada struktur-struktur bangunan, pelantar minyak, pembinaan kapal, industri automotif dan sebagainya.
Mata pelajaran diambil :
Teras
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains Gunaan
5. Sejarah
6. Pendidikan Islam / Moral
7. Pendidikan Jsamani & Kesihatan
8. Sivik
Elektif
1. Kimpalan Arka
2. Kimpalan Gas
Teras
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains Gunaan
5. Sejarah
6. Pendidikan Islam / Moral
7. Pendidikan Jsamani & Kesihatan
8. Sivik
Elektif
1. Kimpalan Arka
2. Kimpalan Gas
Kimpalan Arka
Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan
dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu bahan khas,
contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini
melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagai
pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala
tekanan juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan
kimpalan tersebut. Ini berbeza dengan pematerian, yang cuma meleburkan
bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu
sendiri.
Kimpalan dilakukan dengan menggunakan pelbagai jenis
kaedah. Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalah kimpalan dengan
menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan tinggi, sinaran
laser, tembakan elektron dan ultrabunyi.
Objektif:
Mengetahui dan memahami tentang fakta, konsep / prinsip,
terminology, proses dan prosedur dalam pelbagai kerja kimpalan arka.
Menggunakan pengetahuan dalam bidang kimpalan arka untuk
membentuk pendapat yang rasional berhubung dengan masalah-masalah yang terdapat
dalam bidang kimpalan.
Melahirkan minat dalam bidang kimpalan arka dan lukisan
geometri serta dapat memenuhi kerjaya dalam bidang ini.
Memperkembangkan pemikiran kreatif menerusi aktiviti
intelektual dan praktikal.
Menggunakan pelbagai peralatan kimpalan, pemotongan,
aksesori dan alatan ujuan dengan berkesan.
Bersikap bertanggungjawab, bekerjasama serta mementingkan
keselamatan diri sendiri dan insan lain.
Mampu menyelesaikan masalah berkaitan kimpalan mengikut
tahap sukatan pelajaran.
Sukatan Pelajaran
MODUL 1 : KESELAMATAN AM DI BENGKEL KIMPALAN - Modul
ini memberikan pelajar pendedahan terhadap punca-punca kemalangan
yang mungkin berlaku dibengkel kimpalan dan menjuruskan pelajar kepada
disiplin serta prosedur kerja yang betul dan selamat.
MODUL 2 : KIMPALAN ARKA ASAS - Modul ini mendedahkan
pelajar kepada teori dan amali kimpalan arka asas tentang elektrik yang
berkaitan dengan kimpalan arka, mesin-mesin kimpalan arka, elektrod yang
digunakan, kaedah mengumai pendek dan panjang berterusan serta menilai
kumai yang dihasilkan.
MODUL 3 : KIMPALAN ARKA PLAT DAN PAIP - Modul ini
mendedahkan kepada pelajar secara teori dan amali teknik melaksanakan kimpalan arka
ke atas plat ketebalan 6 hingga 9mm. untuk semua jenis sambungan kedudukan
rata, menegak dan mengufuk. Modul ini juga menerangkan kaedah melaksanakan
kimpal paip schedule 40 dan shedule 60 pada kedudukan 1G dan 2G dengan
penekanan diberikan terhadap prosedur mengimpal dan peraturan keselamatan yang
ditetapkan.
MODUL 4 : PEMOTONGAN LOGAM OKSI-ASITELINA-PLASMA
- Modul ini memberikan kefahaman kepada pelajar tentang prosedur
keselamatan ketika operasi pemotongan oksi-asetilena secara insani dan separa
automatik, peralatan dan kaedah pemotongan dengan oksi-asetilena denganabetul.
Modul ini juga mendedahkan pelajar kepada pemotongan plasma logam bukan feros
mengikut prosedur yang ditetapkan.
MODUL 5 : BAHAN KEJURUTERAAN - Modul ini meliputi
tajuk-tajuk yang berkaitan dengan bahan-bahan kejuruteraan yang biasa
digunakan seperti logam dan bahan bukan logam dengan mengambil kira sifat-sifat
kimia dan mekanikalnya serta rawatan haba keluli dan kepentinganya.
MODUL 6 : KIMPALAN MIG (METAL INERT GAS) - Modul ini
meliputi tajuk yang berkaitan dengan prinsip, jenis mesin, kegunaan,
kelebihan mesin kimpal MIG dengan penekanan diberikan secara teori dan
amali untuk mengimpal plat pelbagai sambungan dalam kedudukan rata,
menegak dan mengufuk.
MODUL 7 : UJIAN MUSNAH DAN TANPA MUSNAH - Modul ini
meliputi tajuk yang berkaitan ujian yang dilakukan terhadap
sampel sambungan kimpal yang telah dilakukan dalam menentukan kawalan mutu
sesuatu kerja amali.
MODUL 8 : LUKISAN GEOMETRI - Modul ini mendedahkan
pelajar kepada penggunaan pelbagai alat lukisan. Pelajar akan didedahkan kepada
asas-asas lukisan geometri yang antara lain melibatkan pembinaan garisan dan
sudut, penggunaan skala, pembinaan segitiga, poligon sekata, tangen dan bulatan
dan elips, lukisan ortografik dan isometrik dan juga aspek-aspek kejurupelanan
yang baik.
Kimpalan Gas
Sinopsis
Tujuan utama pendidikan vokasional ialah untuk
menyediakan bidang pendidikan dan latihan yang luas bagi memperkembangkan
asas kemahiran vokasional dan kemahiran diri.. Kurikulum untuk mata pelajaran
vokasional meliputi teknologi kejuruteraan yang berkaitan dengan mata pelajaran
berkenaan dan ketrampilan kemahiran. Mata pelajaran ini dirancang untuk
pelajar yang telah tamat pelajaran menengah rendah serta mempunyai minat
dan kecenderungan untuk memasuki pekerjaan dalam bidang teknikal. Selain dari
itu ianya disusun untuk memberi peluang bagi pelajar melanjutkan pelajaran dan
latihan di peringkat yang lebin tinggi.
Melengkapkan pelajar
dengan pengetahuan kimpalan gas dan latihan yang luas kepada
pelajar sebelum menceburi alam pekerjaan dengan kemahiran
dan menanamkan sikap positif yang boleh digunakan untuk meningkatkan taraf
hidup dan alam sekitar yang dapat member kesejahteraan insan.
Objektif:
Menggunakan pengetahuan dalam bidang kimpalan gas untuk
membentuk pendapat yang rasional berhubung dengan masalah-masalah yang terdapat
dalam bidang kimpalan.
Melahirkan minat dalam bidang kimpalan gad dan lukisan
geometri serta dapat memenuhi kerjaya dalam bidang ini.
Memperkembangkan pemikiran kreatif menerusi aktiviti
intelektual dan praktikal.
Menggunakan pelbagai peralatan kimpalan, pemotongan,
aksesori dan alatan ujian dengan berkesan.
Bersikap bertanggungjawab, bekerjasama serta mementingkan
keselamatan diri sendiri dan insan lain.
Mengetahui dan memahami tentang fakta, konsep/prinsip,
terminologi, proses dan prosedur dalam pelbagai kerja kimpalan gas.
Mengetahui dan memahami tentang fakta, konsep/prisip,
terminologi, proses dan prosedur dalam pelbagai kerja kimpalan gas lengai dan
kimpalan rintangan.
Mengenal pasti ciri-ciri dan peranan usahawan, agensi
yang dapat membantu usahawan serta memenuhi prosedur penubuhan pernigaan dan
seterusnya menyediakan rancangan perniagaan yang mudah berkaitan kimpalan gas
yang dipelajari dalam usaha melahirkan usahawan.
Sukatan Pelajaran
MODUL 1 : Peralatan Mengukur,Menguji,Menanda Dan
Peralatan Tangan biasa - Modul ini memberikan murid pendedahan
terhadap pelbagai jenis alatan menanda, mengukur dan menguji supaya
pelajar dapat menggunakan dengan betul dan selamat
MODUL 2 : Mesin Tangan, Berkuasa Dan Mesin
Pembentuk - Modul ini memberikan murid pendedahan terhadap
mesin tangan, berkuasa dan mesin pembentuk supaya tahu menggunakan dengan betul
dan selamat.
MODUL 3 : Kimpalan gas asas - Modul ini
memberikan murid pendedahan secara teori dan amali teknik melaksanakan
kimpalan gas, mengenal pasti kecacatan dan mengamalkan keselamatan semasa
mengimpal gas serta dapat mengenal pasti peralatan dan pemasangannya.
MODUL 4 : Lukisan Fabrikasi - Modul
ini memberikan murid pendedahan secara asas-asas lukisan fabrikasi
dan lukisan terbantu komputer serta mengaplikasikannya keatas kerja amali
sebenar
MODUL 5
: Kimpalan Gas Kedudukan Rata, Menegak Dan Mengufuk - Modul ini
mendedahkan kepada murid untuk mengenal pasti peralatan, pemasangannya serta
menggunakan nya untuk menghasilkan kumai, penusukan yang sekata dan berterusan,
mengamalkan prosedur yang betul serta menilai hasil kerja dan mengenal pasti
ciri-ciri kumai yang baik.
MODUL 6
: Meloyang Dan Kimpal Loyang
- Modul ini membincangkan tajuk yang berkaitan dengan meloyang, kimpal
loyang, menilai hasil kerja serta mengamalkan keselamatan semasa meloyang dan
kimpal loyang
MODUL 7
: Kimpalan TIG Dan Kimpal Titik - Modul ini membincangkan
tajuk yang berkaitan pemasangan, penggunaan peralatan kimpalan TIG dan
kimpal titik serta menilai kecacatan dan mengamalkan prosedur
keselamatan.
MODUL 8
: Keusahawanan - Modul ini disusun supaya bersifat ‘hands-on’ dan
dinamik, merangkumi 4 unit iaitu pengenalan kepada keusahawanan, milikan
perniagaan, pemasaran dan rancangan perniagaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan