Dalam bahasa biasa, demensia ada juga yang panggil penyakit nyanyuk.
Kalau dalam bahasa Indonesia, demensia mereka panggil sebagai Singkat
Akal. Rasanya perkataan singkat akal mungkin lebih tepat memandangkan
keadaan akal mereka yang mengidapinya mengalami situasi akal yang
singkat daripada keupayaan berfikir dengan baik.
Apakah demensia
itu sama dengan gila atau tidak saya tak dapat sahkannya. Tapi
berdasarkan pemerhatian saya, pengidap demensia bukannya gila, mereka
dapat berkomunikasi dengan baik seperti orang waras, cumanya keupayaan
menghubungkan semua keadaan dengan baik dalam membuat penafsiran adalah
lemah.
Menu mediterranean merupakan antara menu terbaik untuk kesihatan
Orang gila bukan macam itu. Mereka cakap ikut suka dan mereka jawab
segala soalan ikut sedap mulut mereka saja tanpa memahami apa yang
mereka cakapkan. Orang yang terkena demensia boleh diajak berbual
seperti biasa dan mereka masih mampu menjawab segala soalan dengan baik.
Jika
ditanya maklumat atau fakta-fakta lama seperti umur mereka, umur
kawan-kawan mereka yang meninggal dan diajak mengecam siapa-siapa saja
yang pernah mereka kenali, akan dapat dijawab dengan tepat tanpa
sebarang masalah.
Punca demensia yang berbagai
Melalui pembacaan, saya dapati usaha untuk memahami penyakit demensia
dan sebab-sebabnya masih giat dikaji. Puncanya kejadian masih tidak
dapat sisahkan secara pasti setakat ini. Yang pastinya ia ada kaitan
dengan sel-sel otak yang tercedera atau mati yang membuatkan perhubungan
aliran maklumat antara sel otak menjadi tersekat.
Para pakar ada
memberikan beberapa sebab yang berkemungkinan membuatkan orang terkena
masalah demensia ini dan berikut adalah antara sebab-sebabnya:
Faktor umur
Risiko terkena demensia meningkat dengan meningkatnya umur. Jarang
kita dengar orang yang berumur 30 tahun ada masalah demensia. Mereka
mungkin ada masalah suka lupa, tapi itu masalah lain dan bukannya
demensia.
Bermula dengan umur 65 tahun, faktor terkena demensia
mula tinggi. Dikatakan risiko demensia terhadap mereka yang berumur 65
tahun adalah 1 dalam 14.
Bila umur kita naik kepada 80 tahun,
risikonya semakin tinggi lagi. Kemungkinan terkena demensia pada umur
begitu adalah 1 dalam 5. Sebab itu mereka yang panjang umur kerap
terkena demensia. Lagipun ada dalam Quran mengesahkan bahawa kita
bermula daripada keadaan kanak-kanak membesar, tua dan kembali kepada
keadaan seperti kanak-kanak semula.
Jika anda ada pengalaman
menjaga pesakit demensia, memang nampak amat ketara sikap mereka yang
berubah menjadi sebijik macam kanak-kanak. Perlu banyak bersabar dan
sentiasa ingatkan diri bahawa keupayaan mereka menganalisa dan berfikir
secara logik tidak seperti keupayaan anda yang muda. Layanlah mereka
dengan baik dan kreatif dalam menyelami perasaan mereka.
Faktor jantina
Fakta menunjukkan bahawa orang perempuan lebih berisiko tinggi
terkena demensia. Memang orang perempuan biasanya panjang umur
berbanding orang lelaki, tetapi itu bukanlah fakta sebenar terjadinya
keadaan begitu.
Sebab utama kenapa orang perempuan lebih berisiko
terkena demensia tidak dapat diputuskan lagi dengan tepat. Kajaian
masih dibuat. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa kaum wanita
kekurangan hormon oestrogen selepas mengalami menopause. Tapi tindakan
menambah hormon pada mereka tidak memberikan apa-apa perubahan
Faktor genetik
Umum mengetahui faktor genetik dalam mewariskan berbagai penyakit
dalam satu-satu keturunan. Jika ibu bapa anda ada rekod terkena
demensia, kemungkinan anda juga bakal mengalami masalah yang sama adalah
lebih tinggi berbanding mereka yang tiada.
Faktor sejarah perubatan
Sejarah perubatan juga memainkan peranan penting untuk membuatkan
masalah demensia terbina. Jika anda ada masalah kencing manis, masalah
darah tinggi dan juga masalah kolestro tinggi dalam darah, anda ada
risiko tinggi untuk mengalami demensia.
Orang yang ada sejarah
terkna strok juga ada potensi tinggi untuk mengalami masalah demensia.
Malah faktor strok menyumbang risiko yang amat tinggi untuk demensia.
Orang
yang mengalami tekanan dalam hidup atau mengalami kemurungan dalam
waktu-waktu kehidupan zaman lalu juga berisiko tinggi untuk menghadapi
masalah demensia. Namun begitu hubungan antara tekanan hidup atau
kemurungan dengan demensia masih tidak jelas.
Ada yang kata
tekanan hidup dan kemurungan menjadikan orang terkena demensia. Ada juga
yang mengatakan disebabkan mereka ada bakat jadi demensia maka mereka
mengalami kemurngan dan senang tertekan. mana satu yang betul tidak
dapat dipastikan lagi.
Kalau kepala anda asyik tercedera banyak
kali sepanjang hidup, anda juga berisiko tinggi untuk kena demensia.
Jadi cuba ingat balik berapa kali anda terhantuk kepala sampai cedera.
Faktor persekitaran dan gaya hidup
Ini satu faktor yang sebenarnya merupakan ibu segala masalah penyakit
dalam dunia ini. Persekitran yang sihat diikuti dengan gaya hidup yang
sihat adalah ubat kepada segala aktiviti mengelakkan dan mencegah
penyakit.
Makan tak tentu hala ikut nafsu, tak bersenam, merokok,
mabuk todi, kera sumbang tak kawan dengan orang, tak ada kawan, tak
bermasyarakat dengan jiran dan tak ada aktiviti ziarah menziarahi adalah
gaya hidup yang boleh merosakkan dan ada bakat untuk terkena demensia.
Sikap
malas menggunakan otak untuk berfikir selesaikan masalah, malas
menjawab soalan terselindung, malas membaca buku atau mendapatkan dan
belajar ilmu baru dan seupamanya adalah satu lagi gaya otak bebal yang
boleh menjadikan anda terkena demensia.
Amalan membaca Al-Quran
Mereka yang banyak gunakan otak dalam sebarang aktiviti agar otak
sentiasa berfikir dan aktif kurang terkena demensia berbanding mereka
yang malas dan asyik manjakan otak. Sebab itu ramai para ustaz sarankan
kita sering membaca Quran untuk aktifkan otak.
Ada yang kata
dengan hanya membaca Quran setiap hari sebagai amalan dapat mengelakkan
diri anda dari demensia. Tapi saya rasa baca saja tak berapa berkesan
untuk latihan otak. Baca dan cuba hafal jika dijadikan sebagai aktiviti
rutin adalah jauh lebih bagus.
Untuk lebih bagus lagi adalah
dengan sering baca Quran, sering cuba hafal Quran dan sering hafal
sekali dengan maknanya dan seterusnya memikirkan apa yang dikatakan
untuk mendapat kefahaman Al-Quran dan diaplikasikan dalam kehidupan.
Mengelakkan diri daripada demensia
Dengan senarai yang saya sebutkan di atas, anda tentu dapat tangkap
mana satu yang anda boleh kawal dan mana satu yang anda tak boleh buat
apa-apa. kalau anda tak dapat tangkap dan faham, anda berkemungkinan ada
masalah demensia.
Ada banyak perkara dari segi amalan gaya hidup
yang boleh membantu anda elakkan diri daripada Demensia, Insyaallah.
Tapi kalau iltizam tak berapa kuat dan masih tak dapat bendung nafsu dan
mahu kekalkan juga gaya hidup yang merosakkan, anda tanggung sendiri
akibatnya.
Apa kata anda mulakan hari ini juga untuk berjalan
kaki dan keluarkan peluh selama 30 minit sehari setiap hari. Bersenam
ada banyak faedahnya dan jangan banyak kasi alasan. sebaliknya cari
jalan untuk buat.
Anda juga boleh mula amalkan puasa Isnin Khamis
bermula sekarang dan jangan berhenti sehingga datangnya malaikat maut
mencabut nyawa anda. Puasa banyak mengajar anda erti makan sekadar perlu
berbanding makan walaupun tak perlu.
Apa pendapat ada dalam bab
gaya hidup ini? adakah anda amalkan gaya hidup sihat sekarang atau anda
ada seribu satu alasan untuk kekalkan gaya hidup tak sihat. Atau anda
ada nasihat untuk mula mengamalkan gaya hidup sihat untuk saya dan
pembaca lain?
Kongsikan pendapat anda di ruang komen di bawah...
fikirkan sedikit, perah otak untuk menulis komen walaupun susah, ini
adalah permulaan untuk membuang sikap malas menggunakan otak anda dan
moga otak anda terus aktif dan terelak daripada masalah demensia...
Insyaallah!