Isnin, 29 September 2014

Perlu baca ini untuk elak dari penyakit Nyanyuk

Dalam bahasa biasa, demensia ada juga yang panggil penyakit nyanyuk. Kalau dalam bahasa Indonesia, demensia mereka panggil sebagai Singkat Akal. Rasanya perkataan singkat akal mungkin lebih tepat memandangkan keadaan akal mereka yang mengidapinya mengalami situasi akal yang singkat daripada keupayaan berfikir dengan baik.

Apakah demensia itu sama dengan gila atau tidak saya tak dapat sahkannya. Tapi berdasarkan pemerhatian saya, pengidap demensia bukannya gila, mereka dapat berkomunikasi dengan baik seperti orang waras, cumanya keupayaan menghubungkan semua keadaan dengan baik dalam membuat penafsiran adalah lemah.

Menu mediterranean merupakan antara menu terbaik untuk kesihatan
Orang gila bukan macam itu. Mereka cakap ikut suka dan mereka jawab segala soalan ikut sedap mulut mereka saja tanpa memahami apa yang mereka cakapkan. Orang yang terkena demensia boleh diajak berbual seperti biasa dan mereka masih mampu menjawab segala soalan dengan baik.

Jika ditanya maklumat atau fakta-fakta lama seperti umur mereka, umur kawan-kawan mereka yang meninggal dan diajak mengecam siapa-siapa saja yang pernah mereka kenali, akan dapat dijawab dengan tepat tanpa sebarang masalah.

Punca demensia yang berbagai
Melalui pembacaan, saya dapati usaha untuk memahami penyakit demensia dan sebab-sebabnya masih giat dikaji. Puncanya kejadian masih tidak dapat sisahkan secara pasti setakat ini. Yang pastinya ia ada kaitan dengan sel-sel otak yang tercedera atau mati yang membuatkan perhubungan aliran maklumat antara sel otak menjadi tersekat.

Para pakar ada memberikan beberapa sebab yang berkemungkinan membuatkan orang terkena masalah demensia ini dan berikut adalah antara sebab-sebabnya:

Faktor umur
Risiko terkena  demensia meningkat dengan meningkatnya umur. Jarang kita dengar orang yang berumur 30 tahun ada masalah demensia. Mereka mungkin ada masalah suka lupa, tapi itu masalah lain dan bukannya demensia.

Bermula dengan umur 65 tahun, faktor terkena demensia mula tinggi. Dikatakan risiko demensia terhadap mereka yang berumur 65 tahun adalah 1 dalam 14.

Bila umur kita naik kepada 80 tahun, risikonya semakin tinggi lagi. Kemungkinan terkena demensia pada umur begitu adalah 1 dalam 5. Sebab itu mereka yang panjang umur kerap terkena demensia. Lagipun ada dalam Quran mengesahkan bahawa kita bermula daripada keadaan kanak-kanak membesar, tua dan kembali kepada keadaan seperti kanak-kanak semula.

Jika anda ada pengalaman menjaga pesakit demensia, memang nampak amat ketara sikap mereka yang berubah menjadi sebijik macam kanak-kanak. Perlu banyak bersabar dan sentiasa ingatkan diri bahawa keupayaan mereka menganalisa dan berfikir secara logik tidak seperti keupayaan anda yang muda. Layanlah mereka dengan baik dan kreatif dalam menyelami perasaan mereka.

Faktor jantina
Fakta menunjukkan bahawa orang perempuan lebih berisiko tinggi terkena demensia. Memang orang perempuan biasanya panjang umur berbanding orang lelaki, tetapi itu bukanlah fakta sebenar terjadinya keadaan begitu.

Sebab utama kenapa orang perempuan lebih berisiko terkena demensia tidak dapat diputuskan lagi dengan tepat. Kajaian masih dibuat. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa kaum wanita kekurangan hormon oestrogen selepas mengalami menopause. Tapi tindakan menambah hormon pada mereka tidak memberikan apa-apa perubahan

Faktor genetik
Umum mengetahui faktor genetik dalam mewariskan berbagai penyakit dalam satu-satu keturunan. Jika ibu bapa anda ada rekod terkena demensia, kemungkinan anda juga bakal mengalami masalah yang sama adalah lebih tinggi berbanding mereka yang tiada.

Faktor sejarah perubatan
Sejarah perubatan juga memainkan peranan penting untuk membuatkan masalah demensia terbina. Jika anda ada masalah kencing manis, masalah darah tinggi dan juga masalah kolestro tinggi dalam darah, anda ada risiko tinggi untuk mengalami demensia.

Orang yang ada sejarah terkna strok juga ada potensi tinggi untuk mengalami masalah demensia. Malah faktor strok menyumbang risiko yang amat tinggi untuk demensia.

Orang yang mengalami tekanan dalam hidup atau mengalami kemurungan dalam waktu-waktu kehidupan zaman lalu juga berisiko tinggi untuk menghadapi masalah demensia. Namun begitu hubungan antara tekanan hidup atau kemurungan dengan demensia masih tidak jelas.

Ada yang kata tekanan hidup dan kemurungan menjadikan orang terkena demensia. Ada juga yang mengatakan disebabkan mereka ada bakat jadi demensia maka mereka mengalami kemurngan dan senang tertekan. mana satu yang betul tidak dapat dipastikan lagi.

Kalau kepala anda asyik tercedera banyak kali sepanjang hidup, anda juga berisiko tinggi untuk kena demensia. Jadi cuba ingat balik berapa kali anda terhantuk kepala sampai cedera.

Faktor persekitaran dan gaya hidup
Ini satu faktor yang sebenarnya merupakan ibu segala masalah penyakit dalam dunia ini. Persekitran yang sihat diikuti dengan gaya hidup yang sihat adalah ubat kepada segala aktiviti mengelakkan dan mencegah penyakit.

Makan tak tentu hala ikut nafsu, tak bersenam, merokok, mabuk todi, kera sumbang tak kawan dengan orang, tak ada kawan, tak bermasyarakat dengan jiran dan tak ada aktiviti ziarah menziarahi adalah gaya hidup yang boleh merosakkan dan ada bakat untuk terkena demensia.

Sikap malas menggunakan otak untuk berfikir selesaikan masalah, malas menjawab soalan terselindung, malas membaca buku atau mendapatkan dan belajar ilmu baru dan seupamanya adalah satu lagi gaya otak bebal yang boleh menjadikan anda terkena demensia.

Amalan membaca Al-Quran
Mereka yang banyak gunakan otak dalam sebarang aktiviti agar otak sentiasa berfikir dan aktif kurang terkena demensia berbanding mereka yang malas dan asyik manjakan otak. Sebab itu ramai para ustaz sarankan kita sering membaca Quran untuk aktifkan otak.

Ada yang kata dengan hanya membaca Quran setiap hari sebagai amalan dapat mengelakkan diri anda dari demensia. Tapi saya rasa baca saja tak berapa berkesan untuk latihan otak. Baca dan cuba hafal jika dijadikan sebagai aktiviti rutin adalah jauh lebih bagus.

Untuk lebih bagus lagi adalah dengan sering baca Quran, sering cuba hafal Quran dan sering hafal sekali dengan maknanya dan seterusnya memikirkan apa yang dikatakan untuk mendapat kefahaman Al-Quran dan diaplikasikan dalam kehidupan.

Mengelakkan diri daripada demensia
Dengan senarai yang saya sebutkan di atas, anda tentu dapat tangkap mana satu yang anda boleh kawal dan mana satu yang anda tak boleh buat apa-apa. kalau anda tak dapat tangkap dan faham, anda berkemungkinan ada masalah demensia.

Ada banyak perkara dari segi amalan gaya hidup yang boleh membantu anda elakkan diri daripada Demensia, Insyaallah. Tapi kalau iltizam tak berapa kuat dan masih tak dapat bendung nafsu dan mahu kekalkan juga gaya hidup yang merosakkan, anda tanggung sendiri akibatnya.

Apa kata anda mulakan hari ini juga untuk berjalan kaki dan keluarkan peluh selama 30 minit sehari setiap hari. Bersenam ada banyak faedahnya dan jangan banyak kasi alasan. sebaliknya cari jalan untuk buat.

Anda juga boleh mula amalkan puasa Isnin Khamis bermula sekarang dan jangan berhenti sehingga datangnya malaikat maut mencabut nyawa anda. Puasa banyak mengajar anda erti makan sekadar perlu berbanding makan walaupun tak perlu.

Apa pendapat ada dalam bab gaya hidup ini? adakah anda amalkan gaya hidup sihat sekarang atau anda ada seribu satu alasan untuk kekalkan gaya hidup tak sihat. Atau anda ada nasihat untuk mula mengamalkan gaya hidup sihat untuk saya dan pembaca lain?

Kongsikan pendapat anda di ruang komen di bawah... fikirkan sedikit, perah otak untuk menulis komen walaupun susah, ini adalah permulaan untuk membuang sikap malas menggunakan otak anda dan moga otak anda terus aktif dan terelak daripada masalah demensia... Insyaallah!

Khamis, 17 Julai 2014

DI PENGHUJUNG BULAN RAMADHAN..

Assalamualaikum.....

             Disini saya ingin berkongsi mengenai 10 terakhir Bulan Ramadhan... iaitu ada satu malam istimewa iaitu malam lailatuqadar.. rebut la malam ini.. buat la amalan bersungguh-sungguh di 10 akhir Ramadhan ini.. kerana kite semua belum tentu dapat merasai bulan Ramadhan yang akan datang... buat la amal seumpama kite akan mati di esok hari.. banyak kan bangun malam untuk berqiamulai, membaca Al-Quran, berzikir dan beristifar....di jauhkan dari azab api neraka... aamin..

Selamat Beramal di 10 Malam terakhir Ramadhan


Ahad, 11 Mei 2014

TAZKIRAH : MARILAH BERAKHLAK ISLAM

MARILAH BERAKHLAK ISLAM; JANGAN SANGKA BURUK, JANGAN MENGINTIP & JANGAN MENGUMPAT

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

A. Mukaddimah

Orang yang sebenar-benar beriman mempunyai akhlak yang sangat mulia lagi terpuji. Antara akhlak terpuji ialah tidak berburuk sangka dan mencurigai seseorang, jangan mengintai dan mencari kesalahan dan keburukan seseorang dan jangan mengumpat seseorang.

B. PRASANGKA BURUK ADALAH HARAM

1. Sangkaan buruk adalah kecurigaan dan tohmahan yang terdetik di hati terhadap seseorang pada bukan tempatnya tanpa sebarang bukti dan petanda yang jelas.

2. Menurut Umar bin al-Khattab; janganlah kamu bersangka buruk dengan satu ungkapan yang keluar daripada saudaramu sedangkan kamu masih menemui ruang untuk bersangka baik.

3. Sangkaan adalah sebohong-bohong bicara. Ia ditegaskan oleh Nabi saw dalam Hadis Sahih Muslim:
إياكم والظن فإن الظن أكذب الحديث
Maksudnya: "jauhilah sangkaan kerana sangkaan itu adalah sebohong-bohong percakapan"
Hal ini kerana sangkaan adalah satu tohmahan dan tuduhan yang berkeberangkalian betul dan salah.

4. Sekiranya sangkaan itu adalah salah dan tidak menepati realiti sebenar maka ia menjadi satu pembohongan.

5. Apabila sangkaan tersebut tersebar dalam masyarakat  ia menjadi satu pembohongan dan fitnah yang merosakkan reputasi orang yang disangka.

6. Sekiranya sangkaan itu adalah benar dan menepati realiti ia tetap menjadi satu pembohongan kerana di saat sangkaan itu berlaku dan terdetik di hati atau dilafazkan dengan lidah ia masih lagi berstatus tohmahan dan agak-agakkan tanpa bukti. Seorang mukmin hanya berbicara sesuatu yang pasti dan terbukti benar bukannya sesuatu yang belum dapat dipastikan kebenarannya.

7. Banyak orang suka menyebarkan berita yang tidak pasti dan hanya bersifat sangkaan. Sebagai contoh seseorang mungkin berbicara: "Saya dengar si fulan makan harta haram". Jika ungkapan itu dibicarakan di hadapan seseorang dengan tujuan menjadi bahan perbualan maka hukumnya adalah haram. Dia telah menyebarkan satu berita yang belum pasti tetapi berpotensi merosakkan reputasi dan nama baik seseorang.

C. SANGKAAN MENDORONG KEPADA MENGINTAI KESALAHAN

1. Sangkaan terhadap seseorang akan mendorong seseorang untuk mengintai-ngintai dan mencari-cari kesalahannya. Kerana itu Allah menegaskan lagi
ولا تجسسوا
"Dan janganlah kamu mengintai-ngintai (kesalahan)"

2. Setiap mukmin diajar untuk menilai seseorang pada zahir penampilannya. Adapun hakikat sebenar dirinya di luar pandangan mata manusia atau dosa-dosa tersembunyi dirinya dengan Allah perlulah diserahkan kepada Allah. Bukanlah akhlak Islam mencari dan mengintai kesalahan mereka yang tersembunyi.

3. Malah apabila dosa tersembunyi itu sampai ke pengetahuan seseorang maka menjadi kewajipannya untuk menegur dan menasihati seterusnya menyembunyikannya dari pengetahuan manusia lain dan tidak menyebarkannya tanpa sebarang sebab yang syar'ie.

Nabi saw bersabda dalam Hadis Sahih:
من ستر مؤمنا ستره يوم القيامة
Maksudnya: "Sesiapa yang menutup aib seorang mukmin maka Allah tutup aibnya di hari Qiamat."

D. JANGAN MENGUMPAT

1. Manusia tidak sempurna. Setiap orang mempunyai kelemahan dan keburukan diri yang berbeza. Setiap orang tidak suka kelemahan dirinya menjadi bahan bicara orang lain.

2. Menjadi kewajipan setiap muslim untuk menasihati saudaranya muslim yang melakukan kesalahan dan menutup keburukan serta keaiban dirinya. Sesiapa yang menutup aib saudaranya pasti Allah tutup pula keaiban dan keburukan dirinya sebagaimana sabit dalam banyak hadis Nabi saw.

3. Keburukan diri seseorang sekiranya diketahui tidak sewajarnya disebarkan dan dijadikan bahan perbualan. Itulah umpatan yang diharamkan. Kewajipan saudara muslim terhadap saudaranya ialah menasihati bukan menyebarkan keburukan seseorang.

4. Untuk sekadar menjadi bahan perbualan sama ada di kedai kopi atau terkini di aplikasi whatsApp maka ia adalah haram dan membawa kepada umpatan yang diharamkan.

5. Kerana itu Allah berfirman lagi:
ولا يغتب بعضكم بعضا
Maksudnya: "Dan janganlah kamu mengumpat satu sama lain".

6. Mengumpat adalah haram dengan dalil ayat ini dan banyak lagi hadis-hadis yang Sahih. Mazhab Maliki mengkategorikannya sebagai dosa besar manakala mazhab Syafie menilainya sebagai dosa kecil.
Mengumpat ialah "kamu menyebut berkaitan saudaramu tentang sesuatu yang tidak disukai oleh dirinya"

7. Menurut Ibnu Asyur mengumpat adalah haram kerana ia mengandungi kerosakan lemahnya persaudaraan Islam. Boleh jadi umpatan itu sampai kepada orang yang diumpat lalu terbentuk dalam dirinya rasa permusuhan terhadap orang yang mengumpatnya maka rapuhlah binaan persaudaraan. Juga kerana mengumpat itu bererti menyibukkan diri dengan hal ehwal manusia lain yang melekakan dirinya daripada melakukan perkara-perkara penting dan melekakan dirinya daripada meninggalkan sesuatu yang tidak ada kaitan dengan dirinya.

8. Saudaramu tentu tidak menyukai keburukan dan kelemahan dirinya menjadi perbualan orang lain. Dia mungkin seorang yang kasar dan mudah marah. Namun tentu sahaja dia tidak suka akhlak buruknya itu menjadi bahan perbualan. Maka kewajipan kita sebagai saudara muslim ialah menasihatinya untuk meninggalkan akhlak buruknya dan tidak menjadikannya bahan perbualan.

9. Ada yang berhujah: "saya tidak mengumpat kerana memang sebetulnya dia berakhlak buruk". Inilah salah faham. Kerana dia sememangnya berakhlak buruk maka haram kita berbicara tentang dirinya sebagai bahan perbualan tetapi wajib atas kita menasihatinya. Sekiranya sebaliknya dia tidak berakhlak buruk sepertimana diperkatakan maka ia tidak dipanggil umpatan tetapi dipanggil berbohong dan mereka-reka cerita. Berbohong dan mereka cipta cerita yang buruk dan tidak sebenar adalah satu lagi dosa dan akhlak yang terburuk.

10. Namun, Islam memberi kelonggaran, sekiranya bicara tentang kesalahan seseorang yang dilakukan secara terang-terangan adalah dengan tujuan untuk memperingatkan orang Islam agar berhati-hati apatah lagi jika melibatkan maslahah umat Islam maka ia dibenarkan dengan syarat tidak dalam bentuk merendah-rendahkan atau menghina si fulan tersebut.

E. PENUTUP
Inilah keindahan akhlak Islam. Sekiranya ia menjadi hiasan anggota sesebuah masyarakat akan harmonilah kehidupan bermasyarakat. Sudah tentu rahmat Allah akan turun kepada mereka.

Selasa, 8 April 2014

RANGKAIAN MUDAH ALIH CLIXSTER

DI SINI ADA JUAL

a) SIM KAD CLIXSTER RM 10.00 SATU PEK (NOMBOR BOLEH PILIH)

b) TO - PUP CLIXSTER RM 5.00, RM 10.00 DAN RM 30.00.

KEPADA SESIAPA BERMINAT SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN 013-9450476 (RIE).

Selasa, 1 April 2014

TAZKIRAH : ISLAM BERI TEMPOH 4 TAHUN SABITKAN KEMATIAN.

Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian terhadap kehilangan seseorang yang tidak diketahui di mana kedudukannya atau hidup matinya. selagi tidak ditemui jasad atau bukti mensabitkan kematiannya secara fizikal, maka tempoh empat tahun perlu diambil kira.

"Dari segi Islam, pernah disabitkan kematian setelah berlalu selama empat tahun.

"Selagi tak jumpa, selagi tak sampai empat tahun, itu terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan hal itu, menjelaskan, hukum empat tahun itu merujuk satu kisah di zaman Saidina Umar.

Khalifah kedua itu dikatakan menunggu sehingga empat tahun sebelum memutuskan fasakh seorang wanita yang kehilangan suaminya untuk berkahwin lain.

"Selagi tak dapat bukti jasad, atau fizikal atau saintifik, hukum ini terpakai.

"Kita tak boleh bergantung hanya kepada imej satelit, yang mengandaikan pesawat pecah.

"Kita perlu terus mencari sehingga jumpa kotak hitam, baru kita boleh sahkan,

PERINGATAN : PEMBAYARAN YURAN AHLI KELUARGA UMMI TOK BAGI TAHUN 2014

Assalamualaikum...

  Untuk makluman semua ahli keluarga pembayaran yuran seperti ketetapan berikut :-

a) Untuk berkeluarga dan bekerja.

  - Yuran Bulanan sebanyak RM 10.00.

  - Yuran Tahunan sebanyak RM 120.00.

b) Untuk bujang dan bekerja.

  - Yuran Bulanan sebanyak RM 5.00.

  - Yuran Tahunan sebanyak RM 60.00

        Pembayaran yuran Keluarga Ummi Tok boleh di buat terus di mesin CDM Bank Islam di Nombor Akaun : 13-017-02-840460-7. Harap maklum dan kerjasama anda sekeluarga kami amat hargai..

Sekian, Terima Kasih..

Wassalam.

Ahad, 9 Februari 2014

TAZKIRAH : APABILA USIA MELEBIHI 40 TAHUN

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah SWT berfirman, maksudnya:

“...apabila dia telah dewasa dan usianya sampai 40 tahun, ia berdoa, Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (Surah al-Ahqaf : ayat 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Pada ayat yang lain, firman Allah SWT, maksudnya;

“...apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?...” (Surah al-Fathir : ayat 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janji-Nya dalam ayat selepas itu - (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah SAW pada usia 40 tahun.” (riwayat al-Bukhari).

Nabi Muhammad SAW diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain, kecuali Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan-jabatan elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun; Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun; John F Kennedy, 44 tahun; Bill Clinton, 46 tahun; Paul Keating, 47 tahun; sementara Tony Blair, 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) tahap, iaitu
1.Kanak-kanak (sejak lahir hingga akil baligh)
2.Muda atau syabab (sejak akil baligh hingga 40 tahun)
3.Dewasa (40 tahun hingga 60 tahun)
4. Tua atau syaikhukhah (60 tahun hingga mati)

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah SAW;

“Seorang hamba muslim apabila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepada-Nya. Apabila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan apabila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi.” (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah SWT sekali gus konsisten terhadap Islam, maka Allah SWT akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati-hati juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas RA dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa-sisa syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syarak lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada pencipta-Nya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad SAW;

“Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati.”

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam AS sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah SWT tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa.

Rabu, 15 Januari 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W

ASSALAMUALAIKUM...

                 DALAM KITA MENYAMBUT MAULIDUR RASUL INI, JANGANLAH KITA LUPA BANYAKKAN SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN SAHABAT-SAHABATNYA. DI KESEMPATAN INI JUGA, KITA HENDAKLAH MENGIKUTI SEGALA AMALAN SUNAT YANG DIAMALKAN OLEH BAGINDA S.A.W.

                 AKHIR KATA, BUATLAH APA YANG DISURUH OLEH ALLAH S.W.T DAN TINGGALKAN APA YANG DILARANG OLEH ALLAH S.W.T. WASSALAM.

Khamis, 2 Januari 2014

SANA-SINI HARI KELUARGA UMMI TOK TAHUN 2013




1. Gambar diatas menunjukkan ahli-ahli keluarga ummi tok sedang menikmati sarapan pagi.


 


2. Gambar diatas menunjukkan acara merebut coklat dan paling banyak.


3. Gambar diatas menunjukkan acara meniup belon sampai pecah atau paling besar.

4. Gambar diatas menunjukkan acara menendang bola sampai gol.








5. Gambar diatas menunjukkan acara penyampaian hadiah kepada pemenang dan cabutan bertuah.



6. Gambar diatas menunjukkan ahli-ahli keluarga ummi tok.

SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA KELUARGA UMMI TOK TAHUN 2013






Rabu, 1 Januari 2014

MAKLUMAN : Jurusan Kimpalan di Kolej Vakasional Malaysia (KVM)


Kimpalan merupakan kaedah sambungan antara dua atau lebih logam yang penting yang sering digunakan di dalam bidang kejuruteraan hari ini terutamanya pada struktur-struktur bangunan, pelantar minyak, pembinaan kapal, industri automotif dan sebagainya.

Mata pelajaran diambil :
Teras
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains Gunaan
5. Sejarah
6. Pendidikan Islam / Moral
7. Pendidikan Jsamani & Kesihatan
8. Sivik

Elektif
1. Kimpalan Arka
2. Kimpalan Gas
Kimpalan Arka
Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza dengan pematerian, yang cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri.
Kimpalan dilakukan dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah. Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalah kimpalan dengan menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan tinggi, sinaran laser, tembakan elektron dan ultrabunyi.
Objektif:
Mengetahui dan memahami tentang fakta, konsep / prinsip, terminology, proses dan prosedur dalam pelbagai kerja kimpalan arka.
Menggunakan pengetahuan dalam bidang kimpalan arka untuk membentuk pendapat yang rasional berhubung dengan masalah-masalah yang terdapat dalam bidang kimpalan.
Melahirkan minat dalam bidang kimpalan arka dan lukisan geometri serta dapat memenuhi kerjaya dalam bidang ini.
Memperkembangkan pemikiran kreatif menerusi aktiviti intelektual dan praktikal.
Menggunakan pelbagai peralatan kimpalan, pemotongan, aksesori dan alatan ujuan dengan berkesan.
Bersikap bertanggungjawab, bekerjasama serta mementingkan keselamatan diri sendiri dan insan lain.
Mampu menyelesaikan masalah berkaitan kimpalan mengikut tahap sukatan pelajaran.
Sukatan Pelajaran
MODUL 1 : KESELAMATAN AM DI BENGKEL KIMPALAN - Modul ini memberikan pelajar pendedahan terhadap punca-punca kemalangan yang mungkin berlaku dibengkel kimpalan dan menjuruskan pelajar kepada disiplin serta prosedur kerja yang betul dan selamat.
MODUL 2 : KIMPALAN ARKA ASAS - Modul ini mendedahkan pelajar kepada teori dan amali kimpalan arka asas tentang elektrik yang berkaitan dengan kimpalan arka, mesin-mesin kimpalan arka, elektrod yang digunakan, kaedah mengumai pendek dan panjang berterusan serta menilai kumai yang dihasilkan.
MODUL 3 : KIMPALAN ARKA PLAT DAN PAIP - Modul ini mendedahkan kepada pelajar secara teori dan amali teknik melaksanakan kimpalan arka ke atas plat ketebalan 6 hingga 9mm. untuk semua jenis sambungan kedudukan rata, menegak dan mengufuk. Modul ini juga menerangkan kaedah melaksanakan kimpal paip schedule 40 dan shedule 60 pada kedudukan 1G dan 2G dengan penekanan diberikan terhadap prosedur mengimpal dan peraturan keselamatan yang ditetapkan.
MODUL 4 : PEMOTONGAN LOGAM OKSI-ASITELINA-PLASMA - Modul ini memberikan kefahaman kepada pelajar tentang prosedur keselamatan ketika operasi pemotongan oksi-asetilena secara insani dan separa automatik, peralatan dan kaedah pemotongan dengan oksi-asetilena denganabetul. Modul ini juga mendedahkan pelajar kepada pemotongan plasma logam bukan feros mengikut prosedur yang ditetapkan.
MODUL 5 : BAHAN KEJURUTERAAN - Modul ini meliputi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan bahan-bahan kejuruteraan yang biasa digunakan seperti logam dan bahan bukan logam dengan mengambil kira sifat-sifat kimia dan mekanikalnya serta rawatan haba keluli dan kepentinganya.
MODUL 6 : KIMPALAN MIG (METAL INERT GAS) - Modul ini meliputi tajuk yang berkaitan dengan prinsip, jenis mesin, kegunaan, kelebihan mesin kimpal MIG dengan penekanan diberikan secara teori dan amali untuk mengimpal plat pelbagai sambungan dalam kedudukan rata, menegak dan mengufuk.
MODUL 7 : UJIAN MUSNAH DAN TANPA MUSNAH - Modul ini meliputi tajuk yang berkaitan ujian yang dilakukan terhadap sampel sambungan kimpal yang telah dilakukan dalam menentukan kawalan mutu sesuatu kerja amali.
MODUL 8 : LUKISAN GEOMETRI - Modul ini mendedahkan pelajar kepada penggunaan pelbagai alat lukisan. Pelajar akan didedahkan kepada asas-asas lukisan geometri yang antara lain melibatkan pembinaan garisan dan sudut, penggunaan skala, pembinaan segitiga, poligon sekata, tangen dan bulatan dan elips, lukisan ortografik dan isometrik dan juga aspek-aspek kejurupelanan yang baik.
Kimpalan Gas
Sinopsis
Tujuan utama pendidikan vokasional ialah untuk menyediakan bidang pendidikan dan latihan yang luas bagi memperkembangkan asas kemahiran vokasional dan kemahiran diri.. Kurikulum untuk mata pelajaran vokasional meliputi teknologi kejuruteraan yang berkaitan dengan mata pelajaran berkenaan dan ketrampilan kemahiran. Mata pelajaran ini dirancang untuk pelajar yang telah tamat pelajaran menengah rendah serta mempunyai minat dan kecenderungan untuk memasuki pekerjaan dalam bidang teknikal. Selain dari itu ianya disusun untuk memberi peluang bagi pelajar melanjutkan pelajaran dan latihan di peringkat yang lebin tinggi.
Melengkapkan pelajar dengan pengetahuan kimpalan gas dan latihan yang luas kepada pelajar sebelum menceburi alam pekerjaan dengan kemahiran dan menanamkan sikap positif yang boleh digunakan untuk meningkatkan taraf hidup dan alam sekitar yang dapat member  kesejahteraan insan.
Objektif:
Menggunakan pengetahuan dalam bidang kimpalan gas untuk membentuk pendapat yang rasional berhubung dengan masalah-masalah yang terdapat dalam bidang kimpalan.
Melahirkan minat dalam bidang kimpalan gad dan lukisan geometri serta dapat memenuhi kerjaya dalam bidang ini.
Memperkembangkan pemikiran kreatif menerusi aktiviti intelektual dan praktikal.
Menggunakan pelbagai peralatan kimpalan, pemotongan, aksesori dan alatan ujian dengan berkesan.
Bersikap bertanggungjawab, bekerjasama serta mementingkan keselamatan diri sendiri dan insan lain.
Mengetahui dan memahami tentang fakta, konsep/prinsip, terminologi, proses dan prosedur dalam pelbagai kerja kimpalan gas.
Mengetahui dan memahami tentang fakta, konsep/prisip, terminologi, proses dan prosedur dalam pelbagai kerja kimpalan gas lengai dan kimpalan rintangan.
Mengenal pasti ciri-ciri dan peranan usahawan, agensi yang dapat membantu usahawan serta memenuhi prosedur penubuhan pernigaan dan seterusnya menyediakan rancangan perniagaan yang mudah berkaitan kimpalan gas yang dipelajari dalam usaha melahirkan usahawan.
Sukatan Pelajaran
MODUL 1 : Peralatan Mengukur,Menguji,Menanda Dan Peralatan Tangan biasa  - Modul ini memberikan murid pendedahan terhadap pelbagai jenis  alatan menanda, mengukur dan menguji supaya pelajar dapat menggunakan dengan betul dan selamat
MODUL 2 : Mesin Tangan, Berkuasa Dan Mesin Pembentuk  - Modul ini memberikan murid pendedahan terhadap mesin tangan, berkuasa dan mesin pembentuk supaya tahu menggunakan dengan betul dan selamat. 
MODUL 3 : Kimpalan gas asas - Modul ini memberikan murid pendedahan secara teori dan amali teknik melaksanakan  kimpalan gas, mengenal pasti kecacatan dan mengamalkan keselamatan semasa mengimpal gas serta dapat mengenal pasti peralatan dan pemasangannya. 
MODUL 4 : Lukisan Fabrikasi  - Modul ini memberikan murid pendedahan secara  asas-asas  lukisan fabrikasi dan lukisan terbantu komputer serta mengaplikasikannya keatas kerja amali sebenar 
MODUL 5 : Kimpalan Gas Kedudukan Rata, Menegak Dan Mengufuk - Modul ini mendedahkan kepada murid untuk mengenal pasti peralatan, pemasangannya serta menggunakan nya untuk menghasilkan kumai, penusukan yang sekata dan berterusan, mengamalkan prosedur yang betul serta menilai hasil kerja dan mengenal pasti ciri-ciri kumai yang baik. 
MODUL 6 : Meloyang  Dan Kimpal Loyang  - Modul ini membincangkan tajuk yang berkaitan dengan meloyang, kimpal loyang, menilai hasil kerja serta mengamalkan keselamatan semasa meloyang dan kimpal loyang 
MODUL 7 : Kimpalan TIG Dan Kimpal Titik  - Modul ini membincangkan tajuk  yang berkaitan pemasangan, penggunaan peralatan kimpalan TIG dan kimpal  titik  serta menilai kecacatan  dan mengamalkan prosedur keselamatan. 
MODUL 8 : Keusahawanan - Modul ini disusun supaya bersifat ‘hands-on’ dan dinamik, merangkumi 4 unit iaitu pengenalan kepada keusahawanan, milikan perniagaan, pemasaran dan rancangan perniagaan.