Isnin, 10 Jun 2013

PROGRAM GOTONG-ROYONG KELUARGA UMMI TOK TAHUN 2013

Assalamualaikum......

    Alhamdulillah... pertama-tama kita panjatkan kesyukuran kehadrat ALLAH S.W.T dengan limpah kurniaan- NYA dan inayah-NYA kita dapat menjayakan Program Gotong-Royong Keluarga Ummi Tok Tahun 2013 yang bertempat di Rumah Ummi Tok Padang Siam, Tanah Merah Kelantan pada hari jumaat 7 Jun 2013 dengan jayanya.

     Dikesempatan ini juga, saya selaku pengerusi Keluarga Ummi Tok ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua keluarga yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan juga wang ringgit dalam menjayakan Program Gotong-Royong Keluarga Ummi Tok Tahun 2013. Mudah-mudahan semua keluarga yang terlibat mendapat keredhaan dan keberkatan oleh ALLAH S.W.T serta mengeratkan lagi silaturahim diantara semua keluarga.

      Akhir kata dari saya, semoga kita semua berjumpa lagi di lain program. Insyaallah.

Sekian Terima Kasih.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan