Ahad, 21 Jun 2015

JAWATANKUASA KELUARGA UMMI TOK BAGI TAHUN 2015 - 2016

PENAUNG : HJH. ZAINAB @ SITI MERYAM BT. YUSOFF ( UMMI TOK )

PENGERUSI : MOHD NADZORI B. HJ. MOHAMED  ( AYAH SU )

BENDAHARI : SITI HAMIDAH BT. HJ. MOHAMED      ( CIK DAH )

SETIAUSAHA : AZIMAH BT HJ. CHE HASSIN          ( AZIMAH )

TUGAS-TUGAS KHAS : SITI HASIAH BT. HJ. MOHAMED  ( CIK YAH )

PEMBAYARAN YURAN KELUARGA UMMI TOK TAHUN 2015

Assalamualaikum...

  Untuk makluman semua ahli keluarga pembayaran yuran seperti ketetapan berikut :-

a) Untuk berkeluarga dan bekerja.

  - Yuran Bulanan sebanyak RM 10.00.

  - Yuran Tahunan sebanyak RM 120.00.

b) Untuk bujang dan bekerja.

  - Yuran Bulanan sebanyak RM 5.00.

  - Yuran Tahunan sebanyak RM 60.00

        Pembayaran yuran Keluarga Ummi Tok boleh di buat di mesin CDM Bank Islam pada No.Akaun : 13-017-02-840460-7. Harap maklum dan kerjasama semua ahli keluarga kami hargai..

Sekian, Terima Kasih..

Wassalam.

MAJLIS BERBUKA PUASA KELUARGA UMMI TOK TAHUN 2015

ASSALAMUALAIKUM.....

Program Majlis Berbuka Puasa Keluarga Ummi Tok tahun 2015 akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tempat   :  Rumah Ummi Tok Padang Siam, Tanah Merah Kelantan.

Tarikh     :  26 Jun 2015 Bersamaan 9 Ramadhan 1436 Hijrah

Hari        :  Jumaat

Masa      :  6.00 Petang - 8.00 Malam.



SEMUA KELUARGA DIJEMPUT HADIR.. SEKIAN TERIMA KASIH...

WASALAM..

ANJURAN BERSAHUR.

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:


تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

" Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan."

Huraian Hadith: 
Pengajaran Hadis:

i) Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

ii) Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

iii) Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.

iv) Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.

v) Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.

SELAMAT DATANG RAMADHAN.

Alhamdulihllah bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat dan kurnianya sehingga kita mampu dan masih diizinkan Nya untuk kembali berada di bulan yang paling mulia, bulan Ramadhan.

Marilah kita sama-sama memanfaatkan peluang keemasan untuk memaksimumkan ibadah kita kepada Allah SWT dengan apa saja jalan dan cara yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasululllah s.a.w. Mudah-mudah ibadah kita pada tahun ini akan terlebih baik dari tahun sebelumnya.

Semuga Allah memberi kesihatan dan kesempatan untuk kita menyelesaikan ibadah dibulan ini.

Amin....