Jumaat, 19 Oktober 2012

SALAM AIDILADHA 1435 HIJRAH

Assalamualaikum...

      Alhamdulillah.. pertama-tama kali kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia-NYA dan inayah-NYA kerana dapat menunaikan ibadat haji di bulan Zulhijjah dengan penuh ketakwaan kepada ALLAH terutama sekali kepada jemaah haji di Makkah Tulmukkarramah dan kita bakal menyambut bulan Muharram iaitu permulaan bulan dalam tahun Hijrah bagi umat islam dan juga Hari Raya Qurban.
      Dikesempatan ini juga, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua ahli keluarga jika ada kesilapan dan kesalahan yang tidak disengajakan.
      Akhir kata, apa yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan apa yang lemah itu datangnya dari saya sendiri. Selamat Hari Raya Qurban. Maaf Zahir dan Batin.

Sekian Terima Kasih... Wassalam

Rabu, 17 Oktober 2012

TAFSIR PADA ZAMAN RASULULLAH SAW.


2.1 TAFSIR PADA ZAMAN RASULULLAH SAW

Rasululullah saw adalah pengasas kepada tafsir al-Quran kerana berperanan menjelaskan ayat-ayat yang tidak difahami. Firman Allah:
44. dan kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang Telah diturunkan kepada mereka[829] dan supaya mereka memikirkan,

[829] Yakni: perintah-perintah, larangan-larangan, aturan dan lain-lain yang terdapat dalam Al Quran.

Firman Allah:

64. Dan kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Nabi saw telah menerangkan kepada para sahabat baginda makna-makna al-Quran sebagaimana baginda menjelaskan kepada mereka lafaz-lafaznya

2.2 TAFSIR PADA ZAMAN SAHABAT

Setelah Rasulullah saw wafat, tugas mentafsir al-Quran dipikul oleh sahabat. Mereka merupakan golongan yang paling arif tentang tafsir selepas kewafatan rasul saw tetapi pentafsiran mereka tidak sama. Berikut adalah sepuluh orang sahabat yang terkenal dalam bidang tafsir

(a) Khulafa al-Rasyidun
(b) Ibn Masud
(c) Ibn Abbas
(d) Ubayy bin Kaab
(e) Zaid bin Thabit
(f)Abu Musa al-Asyari
(g) Abdullah bin al-Zubayr

Sebab tafsir kurang pada zaman sahabat

(a) Mereka mentafsirkan al-Quran mengikut suasana dan peristiwa
(b) Tahap penguasaan bahasa yang tinggi
(c) Kefahaman aqidah yang mantap

Nilai Tafsir Zaman Sahabat

(a)Tafsir sahabat bersumberkan hadith marfu dari rasululllah saw

(b)Apabila tidak di dapati daripada rasulullah saw sahabat akan berijtihad dan bertaraf hadith mauquf yang boleh diterima dan ditolak

(c)Perbezaan pendapat di kalangan sahabat tentang tafsir sangat sedikit berbanding perbezaan dalam soal hokum-hakam. Kebanyakan perselisihan merupakan perbezaan keanekaragaman dan pertikaian yang membawa padah.(Usul al-Tafsir:hal.5)
Contoh:

Firman Allah swt:

6. Tunjukilah[8] kami jalan yang lurus,(Surah al-Fatihah)

Terdapat beberapa tafsiran al-Sirat dalam ayat ini
Pandangan pertama: Ia adalah al-Quran atau mengikutinya berdasarkan sabda Rasul saw yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi bahawa ia adalah agama Allah yang kuat, peringatan yang berhikmah dan jalan lurus.

Pandangan kedua:Islam berdasarkan sabda Rasul saw dalam hadith al-Nawas bin Sam’an yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi:

Dan Allah memberi satu perumpamaan: Jalan lurus. Di kiri kanan jalan ada dua pagar. Pada kedua-dua pagar itu ada pintu-pintu terbuka.

Pada pintu itu ada garis-garis kosong. Ada seorang penyeru yang menyeru di atas jalan. Dan seorang penyeru yang menyeru di tengah jalan. Maka dikatakan jalan lurus adalah Islam, kedua-dua pagar adalah hudud(batasan-batasan Allah); pintu yang terbuka adalah larangan-larangan Allah; penyeru di tengah jalan adalah kitabullah, penyeru di atas jalan adalah nasihat Allah kepada hati setiap orang mukmin.”

Pandangan ketiga: Jalan lurus adalah Rasulullah saw
Pandangan keempat: Ahli sunnah wal Jamaah

Pandangan kelima: Jalan ubudiyyah(ibadah kepada Allah)
Pandangan keenam: Perkataan orang yang berkata:Taat kepada Allah dan rasul-Nya.
Dan lain-lain yang mana semua pandangan ini adalah tafsiran kepada al-Sirat dan menunjukkan kepada satu nama yang sama dan perbezaan adalah mereka menyifatinya dengan sifat-sifat yang berbeza yang dikandung oleh nama itu.(Usul Tafsir hal.10-11)

(d) Tafsir pada zaman sahabat hanya mengulas ayat-ayat secara umum tidak secara terperinci

(e) Para sahabat tidak mengeluarkan sebarang hukum daripada maksud ayat.
(f) Tafsir-tafsir dan huraian mereka terhadap sesuatu ayat tidak ditulis dan dibukukan. Apa yang ditulis hanyalah al-Quran dan al-Hadith sahaja.

(g)Pentafsiran sahabat adalah bergantung kepada asbab al-nuzul(Sebab turun sesuatu ayat)

(g) Periwayatan sahabat daripada ahli kitab
Pandangan pertama: Sahabat sangat jarang menyebut riwayat ahli kitab jika dibandingkan dengan tabiin.

Pandangan merupakan pandangan Ibnu Taymiyyah dalam Usul al-Tafsir dan Dr. Nur al-Din Itir professor al-Quran dan al-hadith di Universiti Damsyik.

Menurut Dr.Nur al-Din al-Itr pengaruh ahli kitab bermula pada zaman sahabat. Namun para sahabat tidak berminat untuk mengetahui riwayat-riwayat ahli kitab secara terperinci. Mereka tidak bertanya semua perkara daripada ahli kitab dan mereka tidak menerima kesemuanya berasaskan pesanan nabi saw seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:


لاَ تُصَدِّقُوا أَهْلَ الْكِتَابِ وَلاَ تَكَذَِبُوهم وَقُولُوا آَمَنَّا بالله
Janganlah kamu benarkan dan kamu dustakan mereka dan katakanlah kami beriman kepada Allah”

Pandangan kedua: Ahli kitab bukan sumber tafsir sahabat.
Pandangan ini merupakan pandangan Profesor Dr. Fadal Hassan Abbas. Menurutnya sumber tafsir di kalangan sahabat: al-Quran, al-Sunnah, bahasa Arab, asbab al-Nuzul dan pemerhatian yang tajam. Ahli kitab tidak menjadi sumber periwayatan sahabat seperti pandangan beberapa pengkaji.

Hal ini berpunca dari ketegasan Rasul saw supaya sahabat member perhatian kepada al-Quran. Kenyataan yang menyatakan sahabat meriwayatkan dari ahli kitab dalam tafsir tertolak dengan beberapa dalil:

1) Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, al-Hakim dan al-Baihaqi suatu ketika nabi saw masuk ke masjid dan baginda mendapati mereka sedang berkumpul mendengar ucapan seorang lelaki lantas baginda bertanya: “Apa ini?. Mereka menjawab: Beliau sedang menerangkan tentang keturunan Arab. Baginda bersabda:

Ini ilmu yang tidak bermanfaat. Sekiranya tidak diketahui tidak memudaratkan. “
Kemudian baginda berkata: Ilmu pada tiga perkara: Ayat yang muhkamat(terang hukumnya), fardu yang dilaksanakan dan sunnah yang diikuti.
Sekiranya ilmu berkaitan keturunan pun dikatakan oleh nabi sebagai ilmu yang tidak bermanfaat

2) Semasa Rasul saw melihat Saidina Umar membaca lembaran dari kitab taurat, baginda murka dan berkata:

Jangan Tanya sesuatu dari ahlil kitab, sesungguhnya mereka tidak memberi hidayah kepadamu kerana mereka telah sesat, dengan mengambil riwayat dari mereka, anda mungkin mendustakan suatu yang benar atau anda membenarkan sesuatu yang batil. Demi Allah sekiranya Musa bersama kamu maka pasti Musa akan mengikutiku.

3) Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Ibn Abbas berkata:
Wahai orang-orang Islam! Bagaimana kamu bertanya kepada ahli kitab sedangkan kitab kamu yang diturunkan Allah ke atas nabinya, berita yang terkandung di dalamnya merupakan yang terkini, kamu membacanya dan kamu tidak akan .

Dan Allah telah memberitahu kamu bahawa ahli kitab mengubah ayat Allah dengan tangan mereka. Mereka mendakwanya dating dari sisi Allah semata-mata untuk mendapat habuan yang sedikit, apakah pengetahuan ini tidak akan menghalang kamu dari bertanya kepada mereka. Tidak demi Allah kita tidak melihatpun seorang dari mereka bertanya kepada kamu tentang kitab yang diturunkan kepada kamu.’

4. Ibn Kathir menyebut dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah bahawa Saidina Umar member amaran kepada Kaab bin al-Ahbar menghentikan kisah-kisah ahli kitab dengan katanya:

لَتَتْرُكُنَّ الْحَدِيْثَ الأَوَّل أَو لأَلْحِقَنَّكَ بِأَرْضِ الْقِرَدَةَ

Samaada kamu tinggalkan perbicaraan dahulu atau aku hantarkan kamu ke bumi kera.

5. Diriwayatkan oleh Imam al-Thirmidhi mengulas berita yang disampaikan oleh Kaab bahawa Allah telah membahagikan kalamnya dan melihat Allah antara nabi Musa dan Muhammad alihima sallam. Aisyah r.anha berkata: “ Telah berdiri bulu rambutku.”

Daripada dalil-dalil yang dikemukakan jelas menunjukkan kepada kita bahawa para sahabat ketika mentafsirkan al-Quran mereka kembali kepada sumber-sumber yang telah disebutkan bukannya kepada ahli kitab. Sumber mereka adalah tulen walaupun riwayat yang sampai kepada kita sangat terhad.

PERHATIAN: SEBAHAGIAN AYAT AL-QURAN HANYA SAYA SERTAKAN TERJEMAHAN SAHAJA
BAB 1 : ILMU TAFSIR SUATU PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

1.1 Pengertian Tafsir

(a) Bahasa: Tafsir dari segi bahasa berasal dari kata تَفْسِرا فَسَّر-يُفَسِّرُ-
Menurut Ibn Manzur:
التَّفْسِيْرُ كَشْفُ الْمَرَادِ عَنِ اللَّفظِ الْمُشْكِل
Menerangkan maksud lafaz yang tidak jelas.”

(b) Istilah:
عِلْمٌ يُفْهَمُ بِهِ كِتاَبُ الله الْمُنَزَّلُ عَلَى نِبِيِّهِ مُحَمَّدٌ وَبَيَانُ مَعَانِيهِ واسْتِخْرَاجُ أَحْكَامِهِ وَحِكَمِه
Ilmu untuk memahami kitab Allah yang diturunkan ke atas nabi Muhammad saw dan menjelaskan maknanya serta mengeluarkan hukum-hukum dan pengajaran yang dipetik dari al-Quran”

1.2 Kepentingan mempelajari ilmu tafsir:

(a) al-Quran sangat tinggi bahasanya sehingga kita sukar memahaminya, justeru memerlukan pentafsiran daripada Rasulullah saw, sahabat, tabiin dan ulama
(b)Memahami makna-makna al-Quran dengan lebih sempurna dan tepat
(c) Mengambil dan mengeluarkan hukum yang terkandung di dalamnya.
(d) Mengelakkan seseorang dari memahami ayat dengan cara yang salah atau menyeleweng dari maksud yang sebenar.

1.3 Ilmu-ilmu yangdiperlukan oleh seorang pentafsir

(a)Ilmu bahasa
(b) Ilmu Qiraat
(c)Ilmu Usuluddin
(d)Ilmu Usul fiqh
(e)Ilmu Asbab al-Nuzul
(f) IlmuNasikh-Mansukh
(g) Ilmu fiqh
(h) Ilmu hadith

1.4 Syarat pentafsir
(a)Aqidah yang selamat
(b)Tidak mengikut hawa nafsu
(c) Memulakan dengan mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran diikuti dengan hadith, kata-kata sahabat, kata para tabiin
(d) Ilmu yang berkaitan al-Quran
(e) Kefahaman yang mendalam

1.4 Adab pentafsir
(a)Ikhlas
(b) Beramal
(c) Berakhlak mulia

Isnin, 20 Februari 2012

4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka.

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam

Khamis, 2 Februari 2012

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

ASSALAMUALAIKUM...

                 DALAM KITA MENYAMBUT MAULIDUR RASUL INI, JANGANLAH KITA LUPA BANYAKKAN SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN SAHABAT-SAHABATNYA. DI KESEMPATAN INI JUGA, KITA HENDAKLAH MENGIKUTI SEGALA AMALAN SUNAT YANG DIAMALKAN OLEH BAGINDA S.A.W.

                 AKHIR KATA, BUATLAH APA YANG DISURUH OLEH ALLAH S.W.T DAN TINGGALKAN APA YANG DILARANG OLEH ALLAH S.W.T. WASSALAM.

Rabu, 18 Januari 2012

Amalan sunnah Muharam

Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.
Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.
‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”
Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.
” Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.
Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.
Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”
Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.
Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)

MEREBUT KELEBIHAN BULAN MUHARRAM

Hikmah bulan haram
Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah di mana umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.
Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)
Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi. Pada ketika umat Islam lebih dahulu diserang, mereka dibolehkan untuk mempertahankan diri serta membuat serangan balas.